TAIPING: Aspek kebajikan dan kesihatan haiwan di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) di sini sentiasa dipantau bagi mengelakkan ia terdedah strok haba, khususnya ketika negara dilanda cuaca panas melampau.
Pengarah ZTNS, Muhamad Ridhwan Affendi berkata, haiwan juga boleh terkena strok haba sama seperti manusia, namun katanya setakat ini tiada kes berkenaan berlaku di situ.
"Kita (negara) dilanda cuaca yang panas melampau, macam di Taiping saya lihat ada hari cecah sampai 39 darjah Celsius.
"Tapi alhamdulillah di Zoo Taiping ini terletak di kawasan yang sesuai iaitu di kaki Bukit Larut dan dikelilingi Taman Tasik Taiping.
"Daripada segi kebajikan haiwan pula sentiasa terjaga, setiap pameran haiwan akan sentiasa ada air dan saya juga mengeluarkan arahan khas untuk pastikan petugas zoo periksa paras air di bekas minuman haiwan.
"Selain itu sesetengah haiwan pula kita mandikan ketika cuaca panas contohnya gajah, setakat ini tiada haiwan yang terdedah dengan strok haba," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program 'Let’s Nurture the Nature’ sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di sini pada Isnin.
Katanya lagi, bersempena sambutan tahun ini, ZTNS dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) meraikannya bersama 20 pelajar daripada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan, Taiping dengan tema program 'Let’s Nurture the Nature'.
"Antara pengisian yang dijalankan hari ini adalah Program Penanaman 21 batang Anak Pokok Kelat Paya Merah atau nama saintifiknya syzygium sinubanense, sesi zoo tour dan animal feeding," katanya.
Selain itu turut diadakan sesi penanaman anak pokok dengan menggunakan tanah baja organik melalui pekomposan tinja haiwan.
‘Compost from animal dung’ merupakan produk yang dihasilkan dan diperkenalkan oleh ZTNS dan MPT bagi projek inovasi dan kreatif.
Jelasnya lagi, penggunaan tanah baja organik itu mengunakan campuran tinja haiwan dalam membantu mengurangkan kos penyelenggaraan seperti kos pelupusan sisa tinja haiwan yang melibatkan tenaga kerja serta logistik, selain mengurangkan pengumpulan tinja di tapak pelupusan.
Aida Aziz
Mon Jun 05 2023
Haiwan juga boleh terkena strok haba sama seperti manusia, namun setakat ini tiada kes berkenaan berlaku di Zoo Taiping. - Majlis Perbandaran Taiping
Semua pihak diseru jangan ambil tindakan ekstrem
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, beliau turut menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem ketika menunjuk tanda solidariti kepada umat Palestin.
Lelaki ceroboh, serang anggota di Balai Polis Balai Dato' Keramat ditahan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato' Keramat, George Town pada Ahad.
AWANI Ringkas: Selepas tiga hari SAR, mayat pemancing hilang ditemukan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Zoo Taiping terima lebih setengah juta pelawat, ZOORAMA tawar pelbagai aktiviti menarik
Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) telah menerima sebanyak 558,949 pelawat setakat Ogos tahun ini, ujar Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir.
Tarsier tarikan baharu Zoo Taiping dan Safari Malam
Uniknya haiwan bersaiz kecil ini, hanya boleh dilihat semasa sesi Safari Malam kerana sifatnya memang haiwan malam.
Tiga ekor anak Harimau Malaya sambut ulang tahun pertama kelahiran di Zoo Taiping
Tiga ekor anak harimau Malaya yang dilahirkan 12 April tahun lalu, menyambut ulang tahun kelahiran pertama hari ini di Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS).
Puntum, Teja, Bayu, nama tiga anak Harimau Malaya di Zoo Taiping
Tiga nama itu dipilih daripada pertandingan yang disertai 5,827 penyertaan dan diadili oleh lima panel pemilih.
Zoo Taiping dan Night Safari perhebat R&D untuk elak kepupusan haiwan
Zoo Taiping dan Night Safari (ZTNS) akan memfokus kepada langkah memperhebat penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam usaha melindungi serta memulihara haiwan.
Zoo Taiping dan Night Safari dibuka semula 15 Jun, beri 20 peratus diskaun
Menurutnya, mulai tarikh itu, Zoo Taiping akan beroperasi antara 8.30 pagi hingga 6 petang manakala waktu operasi Night Safari pula dari 8 hingga 10 malam.
PKPP: Zoo Taiping dan Night Safari benar 1,250 pengunjung bagi tempoh tiga jam
Pengarah zoo berkenaan Dr Kevin Lazarus berkata, sebanyak dua sesi lawatan dibenarkan kepada pengunjung iaitu sesi pertama dari 8 pagi hingga 6 petang dan sesi kedua dari 8 hingga 10 malam.
'Harimau Malaya' lahirkan tiga anak di Zoo Taiping
Zoo Taiping and Night Safari, Taiping menerima ahli baharu dengan kelahiran tiga ekor anak Harimau Malaya atau nama saintifiknya 'Panthera Tigris Jacksoni' pada 12 April lepas.
Kuda belang di Zoo Taiping lahir anak lagi
Menurut kenyataan Majlis Perbandaran Taiping, anak kuda itu yang lahir antara jam 3 dan 4 pagi Jumaat, dianggarkan seberat 70 kilogram dan dalam keadaan sihat.
Kuda belang lahir anak kedua di Zoo Taiping
Zoo Taiping & Night Safari melakar sekali lagi sejarah hari ini dengan kelahiran anak kedua kuda belang dalam tempoh setahun.